Powered By Blogger

Wednesday 1 February 2012

BeRtUdUnG Itu CaNtIk


BAGI umat Islam memelihara aurat adalah satu kewajipan, malah dalam aspek hubungan sosial dan pembangunan insaniah, kepatuhan itu menjadi tanggungjawab bersama yang tidak boleh ditinggalkan.
Kepatuhan terhadap etika berpakaian mengikut Islam tidak hanya melambangkan ketaatan kepada perintah Allah, malah mewujudkan perasaan saling menghormati, menjamin ke harmonian masyarakat, sekali gus mencerminkan keindahan Islam.
Jika aurat lelaki secara umumnya dari pusat hingga lutut, perempuan pula seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
Mereka juga dilarang memperagakan perhiasan serta ber pakaian nipis dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan.
Ini sesuai dengan ayat 31 daripada surah an-Nur, mak sudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (da ripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan me reka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan per hiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-pe rempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka meng hentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka meng hentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang ter sembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Tetapi apakah yang patut dilakukan sekiranya anak atau isteri sendiri yang enggan mematuhi etika berpakaian seperti digariskan syariat? Apakah suami patut memaksa isteri sedemikian atau mengambil sikap tidak peduli tanpa sebarang teguran, sekali gus membuka ruang kebebasan seluas-luas nya?
“Anak dan isteri yang enggan menutup aurat tidak boleh dipaksa, sebaliknya perlu diberikan nasihat kepada mereka selagi masih tidak berubah,” kata penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar.
Menurutnya, keutamaan penggunaan kaedah nasihat adalah sangat sesuai dengan slogan yang diguna pakai dalam Islam iaitu ‘agama itu nasihat menasihati’.
Beliau berkata, suami yang mempunyai isteri tidak me melihara aurat tidak boleh ‘berpeluk tubuh’ dengan hanya membiarkan isteri berpakaian sesuka hati.
“Dalam soal ini, suami turut bertanggungjawab, jangan berdiam diri kerana membiarkan isteri atau anak-anak ber pakaian menjolok mata, mendedahkan aurat turut berdosa,” katanya.
Dalam al-Quran, Allah ada berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang di perintahkan- Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (at-Tahriim: 6)
Bagi wanita Islam, satu cara menutup aurat ialah dengan berhijab atau bertudung. Amalan itu bukannya atas ‘ke terpaksaan’, sebaliknya dilakukan dengan penuh keikhlasan bagi mematuhi perintah Allah.
“Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan ke putusan mengenai sesuatu perkara mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka se sungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (al-Ahzab: 36)
Mohd Rani berkata, walaupun suami mempunyai hak ke atas isteri, sangat tidak patut menggunakan unsur paksaan terhadap isteri dan anak-anak kerana ia menggambarkan tindakan negatif.
Malah katanya, dalam perkara itu, suami perlu banyak bersab